Rabu, 29 Februari 2012

Dulu VS Kini:Ziana Zain

assalamualaikum sumer


          Rindu kan nk tgk kak Ziana Zain nyanyi live...berlakon pun tak dah skrg...kalau dulu-dulu tgk maria mariana, memang angin je kan tgk watak maria yang kak Ziana bawakkan...sedar tak sedar mase da berlalu...kalau dulu Kak Ziana muka innocent je, skrg da berubah...org ckp makin hot gitewww....x caye???jom layan...


Dulu







Kini







ASSALAMUALAIKUM



Apa Yang Paling Mahal?


assalamualaikum sumer


         Pelayaran kapal mewah selama 124 hari disediakan oleh Big Star Cruise termasuk penerbangan dengan jet peribadi, kaviar, dan bilik Perignon. Kapal ini bertolak dari Los Angeles dan akan melawat 28 buah negara termasuk New Zealand, Malaysia, dan Maldives. Tetamu akan dijemput dari rumah mereka menggunakan helikopter kemudian akan dipindahkan ke sebuah jet Boeing yang mewah di mana mereka boleh menjamu Beluga Caviar berharga $5800 (RM20, 880) per kg atau menikmati teh Da Hong Pao yg jarang ditemui pada harga  $3000 (RM10,800) per kg. Apabila tiba di atas kapal, tetamu akan ditempatkan di Silver Whisper's Royal Suites yang mempunyai 2 bilik tidur, 2 bilik air, ruang makan, dan 2 balkoni. Pelayaran akan meninggalkan US pada Januari 2013. Keseluruhan kos dianggarkan $1.5million 1 pasangan ($12, 000 sehari-RM43, 200)


          Telur coklat Faberge buatan tangan ini turut bersaing untuk menjadi telur coklat (bukan barangan kemas) termahal dunia pada sebuah acara lelongan. Pembuat coklat Britain, William Curley telah mencipta telur gergasi dengan menggunakan bahan seperti coklat gelap Tuscan Amedei dan Wasabi coklat Jepun. Jumlahnya dikatakan mengatasi Harga lelongan telur coklat yang mencatat Rekod Guiness iaitu
 £1, 000 (RM 4000)


           Jutawan perkapalan dari China telah memecah rekod dunia dengan membayar $328, 000 (RM 1, 180,800) untuk merpati Belanda. Hu Zhen Yu berkata, dia sanggup menghabiskan wang kerana bisnes pembiakan merpati sangat mendapat sambutan dan menjamin pulangan lumayan di China. Sekumpulan 245 ekor merpati dilelong di laman web Belgium, Pigeon Paradise, yang mencatakan rekod jualan sebanayk $2.5 million (RM 9 juta)


          DougieDog, penjual Frankfuter di Vancouver, Canada kini menjual hot dog temahal dunia iaitu Dragon Dog $100 (RM360). Dragon Dog dihasilkan dengan bahannya diperap dengan cognac Louis XIII berusia 100 tahun berharga $2000 (RM7, 200) sebotol. Restoran berkenaan berkata Dragon Dog adalah hot dog pertama dijual dengan harga tiga angka. 


           Tag harga bagi One World Trade Center, simbol pencakar langit yang sedang dalam pembinaan di Ground Zero, New York telah meningkat kepada lebih $3.8 billion. Apabila siap, bangunan berketinggian 1776 kaki itu akan menjadi bangunan tertinggi di US tapi bkn di dunia. Untuk perbandingan, pemaju kepada bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dhubai berkata bangunan itu hanya memerlukan $1.5 billion untuk disiapkan.


         Jubah berwarna emas ini memeranjatkan sesiapa yang melihatnya kerana ia dihasilkan daripada sutera labah-labah dan telah dipamerkan di London's Victoria and Albert Museum. Sutera 4 meter yang ditenun tangan ini mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan dan menggunakan 1.2 million ekor labah-labah betina dari Madagaskar. Labah-labah akan dikutip setiap pagi sebelum sutera diekstrak dari mereka oleh pengendali yang terlatih. Prosesnya amat rumit-purata 23, 000 labah-labah diperlukan untuk menghasilkan 23 gram sutera.

ASSALAMUALAIKUM


Iri Hati

assalamualaikum sumer

Situasi 1:  
           Leha ingin membuang sampah di hadapan rumah, lalu ternampak Mila baru keluar dari kereta     Mercedes-Benz ML350nya yg baru sahaja dihadiahkan si suami seminggu lalu...lalu terdetik dalam hati Leha...

*Wah hebatnya kereta dia...kalau aku ada kereta camtu...pegi pasar, byr duit kutu, antar ank sekolah, confirm da tak jln kaki lg..kenapa lah laki aku tak kaya mcm laki Mila...harapkan kancil tu je, punggung aku ni da la lebar <<<IRI HATI


Situasi 2:  
          Jenab sdg membelek barangan make-up cap Perahu Layar di satu sudut di sebuah pasaraya...kemudian dtg seorang wanita elegan memilih barangan make-up cap Simply Senah di sebelahnya...lalu terdetik dalam hati Jenab...

* Wah dia pakai produk Simply Senah la..banyaknya duit dia...muka pun cantik...kalaulah aku kaya dan cantik mcm dia...aku nk jd artis...pastu nk cari Datuk jd skandal aku...Fahrin pulak jd pakwe aku..eh nk Remy Ishak lah.hehehe <<<IRI HATI


Situasi 3:
           Jay sering dimarahi Cikgu Baki kerana sgt lemah dalam pelajarannya, sebaliknya adiknya, Joy sering dipuji kerana sgt pandai dalam pelajaran sehingga mendapat anugerah "Terlalu Pandai Sampai Tak Ada Sapa Nak Challenge" setiap tahun..lalu terdetik dlm hati Jay...

*takpa2 skrg ko suka la kena puji kn sbb ko rasa ko pandai sgt...nt bila aku da jd pandai, aku nk tapau sumer A dalam sumer subjek...mase tu tggal B je utk ko...baru padan muke ko..<<<IRI HATI


          Dorang ada, korang pun nak ada...itulah namanya iri hati..iri hati sbnrnya bkn bersifat kebendaan semata-mata, tapi termasuk juga pujian, pengaruh, dan kejayaan sehingga kita berangan-angan untuk berada di tempat mereka. Iri hati juga kdg kala dipengaruhi oleh sikap ego dan pentingkan diri sendiri.

          Dalam situasi iri hati ni, kita biasenya akan fikir "kalau aku ade ape yg ko ade, mesti hidup aku happy"..Iri hati dan cemburu x jauh beza pun..cuma, biasenya kita iri hati sbb x pernah dpt ape yg org lain dpt, dan cemburu pula lbh kpd kita kehilangan sesuatu atau seseorang, yg akhirnya menjadi milik org lain...

korang faham x bahasa belit2 aku ni???hehehe...

          Org ckp nk mengatasi masalah iri hati dlm diri sendiri ni susah..betol ke??emmm mungkin juga...tapi kan, kalau kita berfikir semula, dengan cara kita mendoakan dan mengharapkan yg terbaik untuk saingan kita, itu adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah iri hati kan???

          Kadang-kadang kita juga perlu muhasabah diri dan berfikir kembali adakah kita betul-betul perlukan atau layak untuk mendapat apa yg kita selalu idamkan...manusia diciptakan dgn sikap tamak...tu lah antara satu penyebab wujudnya sikap iri hati...

           So kesimpulannya, cara paling mudah nk kawal sikap tak baik ni, kita selalu la bersyukur atas kurniaanNya dengan seadanya...selain dari tu, bersifat adillah sesama manusia dan kawal diri dari perkara yg tidak elok untuk mengelakkan permusuhan..

ASSALAMUALAIKUM

Artis Malaysia Bertambah Cun Kala Bertudung

assalamualaikum sumer

          Sape kat sini yang setuju dgn tajuk entry ni??saya yakin ramai yg setuju dgn saya...kerana bertudung sbnrnya bkn saja untuk menutup aurat...tp kalau kena caranya, mmg pemakainya yg cun akan jd super cun...so x kira la artis ke, org biase ke, jom kite sume pakat ramai2 mengenakan hijab supaya kite sumer jd super cun!!!(actually tujuan utama adalah untuk munutup aurat darling2ku)

*Wah semngat ye ko Anne...kami kaum laki ni nk tudung ape plak???

korang kaum laki ni cume perlu nasiatkan adik pmpn, kakak, mak, mak cik, sedare2, girlfriend, isteri, dan sewaktu dgnnya supaye same2 kenakan hijab...korang dapat pahala, mata pon sejuk je memandang....

*Oh ok...insaf kitorang anne...

Ok good boy...so untuk memperkukuhkan lg tajuk entry ni, nah saya sediakan bukti-buktinya...

Nora Danish
Neelofa
Liyana Jasmay
Lisa Surihani
Jue Aziz
Maya Karin
Shila Amzah
Alyah
Memey Suhaiza
Fazura
Nabila Huda
Siti Nurhaliza
Erra Fazira
Abby Abadi
Mila
Nur Fathia
Ning Baizura
Daphny Iking
Elyana
Fauziah Gous
Rozita Che Wan

          Camne darlings???cun kan dorang ni pakai tudung...tapi malangnya tudung dikenakan pada masa2 dan atas tujuan tertentu saja...saya harap artis2 kita makin ramai la yang berhijrah ke arah kebaikan lepas ni sbg contoh Diana Amir, Raja Farah, Irma Hasmi...jgn bg statement x sampai seru sudah la ye...



ASSALAMUALAIKUM

Selasa, 28 Februari 2012

Dulu VS Kini:Erra Fazira

assalamualaikum sumer

          Kalau sebentar td saye post entry pasal TokTi kita dulu vs kini kan...kali ni saya nk buat versi Erra Fazira plak...so enjoy k...

Dulu







Kini







ASSALAMUALAIKUM