Sabtu, 7 April 2012

Lawak Bodoh 2: Bom


assalamualaikum sumer

          Ada tiga orang pemuda dalam sebuah kapal terbang. Pemuda pertama memegang sandwich, pemuda kedua memegang sebungkus kacang, dan pemuda ketiga memegang bom.
         Apabila mereka berada di udara, pilot berkata yang pesawat itu sangat berat dan jika berat tidak dikurangkan, pesawat mungkin akan terhempas.
          Pemuda pertama mencampakkan sandwichnya ke luar, tapi pesawat masih berat. Pemuda itu mengambil keputusan untuk terjun. Nasibnya baik kerana masih hidup. Bila sampai ke bawah, pemuda itu ternampak seorang budak perempuan menangis lalu bertanya kenapa..Budak itu menjawab kepalanya sakit kerana sandwich jatuh ke atas kepalanya. Pemuda itu terus meminta maaf.
           Sementara itu di udara, pesawat masih lagi berat. Jadi pemuda kedua mencampakkan bungkusan kacangnya..tapi pesawat masih lagi berat, lalu dia pun terjun.Nasibnya juga baik kerana masih hidup. Apabila sampai ke bawah, dia juga ternampak seorang budak perempuan menangis lalu bertanya kenapa. Budak itu menjawab kepalanya sakit kerana bungkusan kacang jatuh ke atas kepalanya, lalu pemuda itu meminta maaf.
         Kembali ke udara, pesawat masih lagi berat, jadi pemuda ketiga mencampakkan bom keluar. Tapi masih lagi berat, jadi dia pun terjun dan nasibnya juga baik kerana dia masih hidup. Apabila sampai ke bawah, dia kehairanan kerana melihat seorang budak lelaki ketawa terbahak-bahak lalu dia pun bertanya kenapa. Lalu jawab budak itu "saya terkentut dan bangunan itu pun meletup!!!"
ASSALAMUALAIKUM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan