Sabtu, 7 April 2012

Lawak Bodoh 1: Menegangkan Wajah

assalamualaikum sumer

          Untuk satu hari ni, Anne akan postkan cerita lawak bodoh untuk menghilangkan stress korang...ada 2 kemungkinan, sama ada korang gelak guling-guling atau korang kerutkan muka sambil berkata.....WHAT THE????


          Seorang wanita pertengahan umur telah pergi berjumpa doktor untuk menjalankan rawatan wajah. Wanita itu berkata kedut dan garisan halus mula muncul di sekitar wajahnya dan mahukan ianya hilang. Doktor itu mula memeriksa wanita berkenaan dan berkata, 'ada satu teknik baru yang sangat berkesan dan saya akan lakukannya terhadap anda dan ia dipanggil The Knob (tombol). Ianya berbeza bengan kaedah biasa kerana satu tombol akan dimasukkan ke belakang kepala anda dan anda boleh menghidupkannya sehingga anda memperoleh kesan yang anda inginkan. Apa yang menarik, dengan menggunakan kaedah ini, anda tidak  akan memerlukan sebarang suntikan atau pembedahan kosmetik yang lain dalam jangka masa 5-10 tahun. Jika anda mendapati ada kedutan yang mula muncul di wajah anda, hidupkan saja tombol itu dan ianya akan hilang'.

          Wanita berkenaan enggan menggunakan kaedah baru itu tapi setelah diyakini oleh doktor berkenaan, dia akhirnya bersetuju.

          Beberapa bulan kemudian, wanita itu kembali berjumpa doktor dan berpuas hati dengan hasil yang ditunjukkan. Doktor itu berkata wanita itu tidak perlu berjumpa dengannya lagi dalam masa 10 tahun kerana tombol yang dimasukkan boleh mengawal segala kedut yang ada.

          10 tahun kemudiaan, wanita itu datang berjumpa dengan doktor. Doktor bertanya, 'bagaimana keadaan anda?'

          Wanita itu menjawab, 'segalanya baik, tapi sejak setahun yang lalu, di bawah mata saya mula muncul kantung. Puas saya menghidupkan tombol untuk menghilangkannya, tapi ia masih ada'.

          Doktor itu mendekatkan wajahnya untuk melihat dengan lebih jelas lalu berkata, 'Oh, itu bukan kantung, itu adalah payudara anda'

Wanita itu menjawab, 'Kalau begitu, barulah saya tahu dari mana datangnya janggut saya ni'...

Faham tak faham????hehehe...


ASSALAMUALAIKUM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan