Ahad, 4 Mac 2012

10 Gaun Perkahwinan Termahal Dalam Sejarah

assalamualaikum sumer

          Lisa Surihani dan Yusri baru je melangsungkan majlis perkahwinan mereka kan..Lisa ckp mlm resepsi perkahwinannya, die nk kelihatan mcm princess..thats why dressnya ala2 Kate Middleton kn...

Kate Middleton
Lisa Surihani

          Both of them look awesome in their wedding dress.. Tapi skrg saya bkn nk cerita pasal Lisa or Kate, tp pasal gaun perkahwinan yg paling mahal dlm sejarah...jom kita lihat same2 ye...


1. Puteri Diana-1981 (kos tdk diketahui)



           Puteri Diana mengahwini Putera Charles pada tahun 1981 dan memakai gaun yg direka oleh  David dan Elizabeth Emanuel. Gaun tersebut diperbuat drpd les antik, kain sutera Ivory, juga lebih drpd 10,000 mutiara dan labuci. Kainnya pula ditenun tangan dan lesnya dijahit menggunakan benang emas. Harga sebenar gaun ini masih tidak diketahui, tapi ianya sgt memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya.

2. Grace Kelly-1956 (kos tdk diketahui)


          Pada tahun 1956, seorang gadis dari Philadelphia bernama Grace Kelly telah mengahwini Putera Rainier dari Monaco dan memakai gaun yang direka oleh Helen Rose. Ianya diperbuat daripada 100 meter sutera net dan 25 meter sutera taffeta. Gaun tersebut dihasilkan dengan mengikut potongan badan dan bahagian leher berbentuk bulat. Kosnya juga tidak diketahui, tapi ramai berpendapat bahawa ianya adalah gaun perkahwinan yg tercantik pernah direka.

3. Diamond Wedding Gown-2006 ($12 Million USD)


          Renee Strausse (pemilik butik perkahwinan mewah di Beverly Hills) dan Martin Katz dr Martin Katz Jewellers telah bergabung untuk menghasilkan gaun perkahwinan yg diberi nama Gaun Perkawinan Berlian pada 2006. Harganya menjangkau $12 million USD-RM 43.2 juta, menjadikannya gaun perkahwinan termahal setakat ini. Apa yg mengejutkan, ianya diperbuat drpd 150 karat berlian.  

4. Melania Knauss-2005 (kos tdk diketahui)


          Melania Knauss mengahwini jutawan termasyhur Donald Trump pada 2005 dan mengenakan gaun perkahwinan yg cukup memukau ilham John Galleano. Dihasilkan dr 300 kaki satin putih Duchesse, bersama gabungan 1500 mutiara dan kristal Rhinestone, berat gaun ini mencecah 50 paun.

5. Yumi Katsura-2006 ($8.5 Million USD)


          Pereka gaun perkahwinan dari Jepun, Yumi Katsura telah menghasilkan gaun perkahwinan berharga $8.5 Million USD-RM30.6 juta pada tahun 2006. Ianya dilengkapi dengan 8.8 karat berlian hijau, 5 karat berlian emas putih yg jarang didapati, 1000 mutiara, dan sulaman yg dijahit di atas kain sutera dan satin. Sehingga waktu itu, ianya dikenali sbg gaun perkahwinan termahal dunia, sehinggalah ditandingi oleh gaun rekaan Strausse-Katz.

6. Catherine Zeta-Jones-2000 (kos tdk diketahui)


          Ketika mengahwini Machael Douglas pada tahun 2000, pelakon Catherine Zeta-Jones menyarungkan gaun perkahwinan ivory rekaan Christian Lacroix. Ianya diperbuat drpd satin yang dijahit manik digabung dengan les Chantially berbentuk ekor ikan di hujungnya. Sementara harganya belum diketahui, keseluruhan majlis direkodkan menelan belanja $1.5 million USD (RM 5.4 juta), jd sudah tentu gaunnya juga berharga mahal. 

7. Imperial Pearl Syndicate-1950s ($100,000 USD)



          Gaun ringkas dari tahun 1950an ini cuma berharga $100,000 USD (RM 360,000). Mungkin ramai yg berkata ianya tdk lah terlalu mahal jika dibandingkan dgn harga terkini, tp mungkin masih ramai yg akan berfikir 2 kali untuk memilikinya. Dibuat oleh Imperial Pearl Syndicate dari net sutera dan satin, ia turut dihiasi 100, 000 mutiara. Dress seberat 27 paun ini pernah digayakan oleh beberapa selebriti terkenal tahun 50an antaranya Nina Foch dan Gloria Swanson.


8. Victoria Beckham-1999 (kos tdk diketahui)



          Vera Wang telah menghasilkan gaun yg dipakai oleh Victoria Beckham pada 1999 ketika mengahwini bintang bola sepak David Beckham. Harganya masih menjadi tanda tanya tapi kecantikan gaun ini memang terserlah. Tidak mempunyai tali di bahu, gaun ini dihasilkan dari satin berwarna mutiara. Semenjak perkahwinan 2 selebriti terkenal ini, makin banyak gaun yg hampir sama dihasilkan, tp dijual dgn harga yg lbh murah untuk memenuhi permintaan para pengantin seluruh dunia.

9. Peacock Feather Wedding Dress, Vera Wang-2009

($1.5 million USD)



          Boleh anda bayangkan gaun perkahwinan dihasilkan daripada bulu merak jantan? Gaun ini berada dalam kategori mahal, tp kurang menarik. Direka oleh Vera Wang, gaun ini adalah paling mahal yang pernah direka oleh pereka ternama ini iaitu $1.5 million USD (RM5.4 juta). Ianya dihasilkan dari 2009 bulu merak jantan, sebagai simbol ianya direka pada tahun 2009. Tapi buat masa ini, gaun ini bkn lg yg termahal rekaan Vera Wang kerana beliau berkata gaun rekaannya untuk Jennifer Lopez mengahwini Ben Affleck (yg tdk pernah terjadi) adalah yg paling mahal setakat ini. Namun, gaun bulu merak ini masih mendapat perhatian org ramai sehingga sekarang.

10. Mauro Adami-2008 ($380,000 USD)



          Pereka kelahiran Itali, Mauro Adami telah mencipta gaun perkahwinan mewah iniuntuk menyertai Domo Adamicollection 2008. Diperbuat drpd 40 meter fabrik berwarna platinum, ianya dijahit dengan platinum dan sutera. Ianya bernilai $380, 000 USD (RM1.368 juta)-kira2 10 kali ganda harga purata pengantin Amerika membelanjakan wang untuk gaun perkahwinan mereka.




*************************************

Kesimpulannya, tak perlu mencari yang paling mahal untuk kelihatan cantik di hari bahagia. Cukuplah sekadar menutup aurat dan diiringi senyuman ikhlas. Anda pasti kelihatan cantik dan berseri.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan