Khamis, 1 Mac 2012

Supermodel Termahal 2011

assalamualaikum sumer


1. Gisele Bundchen


          Ranking pertama supermodel paling mahal jatuh kepada supermodel dr Brazil ini. Wanita berusia 28 tahun ini memperolehi pendapatan mencecah US$ 25 million (RM 90 juta) setahun. Isteri kepada Tom Brady ini masih menjadi model tetap kepada jenama Versace, True Religion's Jeans, Dior, dan jam tgn Ebel. 

2. Heidi Klum

          Model berasal dari Jerman ini memperolehi pendapatan sebanyak US$ 16 million (RM 57.6 juta) setahun. Merupakan model bg Victoria Secret, Birkenstock, Diet Coke, Volkswogen, McDonald's, dan Motorola. Pernah juga terlibat dengan siri televisyen, Project Runway. 


3. Kate Moss

           Merupakan model bagi Versace, Longchamp, dan David Yurman. Juga memiliki butik bernama Top Shop.Pendapatannya kira-kira US$ 8.5 million (RM30.6 juta)setahun. 

4. Adriana Lima

          Berasal dari Brazil, model ini menjadi rebutan para pereka fesyen terkenal. Pendapatannya dianggarkan US$ 8 million (RM 28.8 juta) setahun.

5. Doutzen Kroes


         Model berasal dari Belanda dan berusia 24 tahun ini terkenal dengan bibirnya yg seksi. Mendapat kira-kira US$6 million (RM21.6 juta) setahun, beliau merupakan model terbaru Victoria Secret.

6. Alessandra Ambrosio


          Model Brazil ini juga memperoleh pendapatan sebanyak US$6 million (RM21.6 juta) setahun. Selepas melahirkan bayi perempuannya yang pertama, wanita berusia 28 tahun ini mesti kembali mendapatkan bentuk badan yang seksi hanya dalam masa 3 bulan.

7. Natalia Vodianova


          Model Rusia ini pernah menjadi model untuk Ethams Clothes, Calvin Klein, Guerlain, dan Jacob & Co. Jumlah pendapatannya dianggarkan sebanyak US$5.5 million (RM19.8 juta) setahun.

8. Daria Werbowy


            Beliau memulakan karier melalui pertandingan pencarian model. Kemudian bakatnya digilap dan menjadi model untuk Louis Vuitton. Kontraknya dengan LV dikatakan mencecah US$4.5 million (RM16.2 juta) setahun.

9.Miranda Kerr


          Beliau merupakan model Australia pertama yang menjadi model untuk Victoria Secret. Kontraknya dengan XOXO dianggarkan mencecah US$3 million (RM10.8 juta) setahun. 

10. Caroline Murphy


          Model US ini mendapat kira-kira US$3 million (RM10.8 juta) setahun. Antara yang mendapat khidmatnya adalah Banana Republic dan Lord & Taylor. Beliau juga pernah menjadi model majalah Playboy.


ASSALAMUALAIKUM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan