assalamualaikum sumer
Mengigau sering kali dikaitkan dengan mimpi. Ada juga yang berfikir bahawa mengigau terjadi kerana epilepsi, mahupun histeria. Sebenarnya, tiada siapa tahu faktor-faktor mengigau, tapi hari ni saya nk bgtahu antara kemungkinan ianya berlaku...so fokus ye darlings...
Pakar kesihatan mental berkata bahawa mengigau adalah "gangguan kebangkitan" , bermaksud sesuatu telah membangkitkan kita dari tidur nyenyak, jadi kita akan melalui keadaan di antara tidur dan sedar.
Seperti kanak-kanak, orang dewasa juga tidak dapat lari daripada masalah mengigau. Cuma jika kanak-kanak mengigau disebabkan oleh keletihan dan tekanan, orang dewasa pula mungkin disebabkan pengambilan ubat-ubatan tertentu, pengambilan alkohol, dan demam.
Ada yang berpendapat penyakit mengigau tidak membahayakan, tapi ia juga ada kaitan dengan penyakit sawan, Parkinson, dan Alzheimers. Jika ada antara adik-adik korang, anak, atau kanak-kanak lain yang mengalami masah mengigau, mereka mungkin boleh dibantu dengan menyediakan jadual tidur yang tetap, atau jangan dedahkan mereka dengan tekanan yang melampau. Jangan terkejut kerana kadang kala masalah mengigau tidak boleh dirawat. Jika korang pula yang mengalami masalah mengigau ni, mungkin ada baiknya juga jika anda pergi dapatkan nasihat doktor dengan segera.
ASSALAMUALAIKUM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan