Selasa, 20 Mac 2012

20 Fakta Menarik Tentang Wanita

assalamualaikum sumer

         Hai...sumer kat sini sihat x???kalau sihat, Alhamdulillah...kalau sakit, bawak2 la mkn ubat yer...kalau sakit hati???x dapat nk nolong....hehehe...

          Ok kali ni Anne nak share fakta tentang wanita...ladies uols..mungkin ada antara korang pernah baca fakta ni kat mana2...tapi, ada aku kesah???hehe...tak la gurau jer...anne kesah sebenarnya..tp nk share jgk sebab....suke hati I la...LOL

1. Wanita yang mempunyai ukuran pinggang terkecil dunia adalah Cathie Jung dari USA dengan ukur lilit 21 inci. WOOOWEEE


2. Di Arab Saudi, seorang isteri boleh menceraikan suaminya jika si suami tidak membenarkannya minum kopi.

3. Secara purata, setiap wanita mempunyai 20 pasang kasut, dan 11 daripadanya tidak pernah dipakai.

4. Setiap wanita menghabiskan kira-kira 2 tahun dari seluruh hayatnya melihat cermin.


5. Wanita diharamkan menjadi pelacur di Sienna, Itali, jika bernama Mary.

6. Lebih setengah juta wanita mati ketika melahirkan anak di Afrika dan Asia setiap tahun.

7. Setengah daripada wanita Indonesia melahirkan anak pertama pada usia 17 tahun.

8. Wanita Australia melakukan seks pada 'date' pertama melebihi jumlah wanita USA dan Kanada pada usia yang sama.

9. 70% wanita memilih untuk menikmati coklat berbanding melakukan seks.


10. Hari ini, Jepun merupakan pengeluar kondom terbanyak. Seperti menjual kosmetik, kondom juga dijual dari rumah ke rumah, oleh wanita. 

11. Hanya 5% daripada filem yang disiarkan di Hollywood diarahkan oleh wanita.

12. 40% gadis berusia 17 tahun dan ke bawah di Afrika Selatan dilaporkan menjadi mangsa cubaan merogol atau dirogol.

13. Apabila wanita bercerita tentang lelaki idaman, ianya berkaitan dengan personaliti lelaki itu. Dan bentuk badan yang tegap mungkin satu kelebihan.


14. Di kebanyakan negara seluruh dunia, jangka hayat wanita adalah lebih lama berbanding lelaki.

15. Hari Wanita disambut pada 8 Mac setiap tahun. 

16. 1 daripada 5 wanita di seluruh dunia dilaporkan menjadi mangsa penderaan seksual sebelum mencapai umur 15 tahun.


17. Hari Ibu pertama disambut pada 10 Mei, 1908.

18. Kebiasaannya wanita lebih rela memandu jauh untuk mengelakkan kemungkinan sesat andai menggunakan jalan pintas.

19. Wanita berpendapat bahawa adalah satu insiden yang amat memalukan jika memakai pakaian yang sama dengan wanita lain pada satu acara formal.


20. Seorang wanita tidak boleh menyimpan rahsia. Tapi oleh kerana tidak mahu dilihat sebagai tidak amanah, mereka hanya akan berkongsi dengan 2 atau 3 orang sahaja.

ASSALAMUALAIKUM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan