Rabu, 29 Februari 2012

Apa Yang Paling Mahal?


assalamualaikum sumer


         Pelayaran kapal mewah selama 124 hari disediakan oleh Big Star Cruise termasuk penerbangan dengan jet peribadi, kaviar, dan bilik Perignon. Kapal ini bertolak dari Los Angeles dan akan melawat 28 buah negara termasuk New Zealand, Malaysia, dan Maldives. Tetamu akan dijemput dari rumah mereka menggunakan helikopter kemudian akan dipindahkan ke sebuah jet Boeing yang mewah di mana mereka boleh menjamu Beluga Caviar berharga $5800 (RM20, 880) per kg atau menikmati teh Da Hong Pao yg jarang ditemui pada harga  $3000 (RM10,800) per kg. Apabila tiba di atas kapal, tetamu akan ditempatkan di Silver Whisper's Royal Suites yang mempunyai 2 bilik tidur, 2 bilik air, ruang makan, dan 2 balkoni. Pelayaran akan meninggalkan US pada Januari 2013. Keseluruhan kos dianggarkan $1.5million 1 pasangan ($12, 000 sehari-RM43, 200)


          Telur coklat Faberge buatan tangan ini turut bersaing untuk menjadi telur coklat (bukan barangan kemas) termahal dunia pada sebuah acara lelongan. Pembuat coklat Britain, William Curley telah mencipta telur gergasi dengan menggunakan bahan seperti coklat gelap Tuscan Amedei dan Wasabi coklat Jepun. Jumlahnya dikatakan mengatasi Harga lelongan telur coklat yang mencatat Rekod Guiness iaitu
 £1, 000 (RM 4000)


           Jutawan perkapalan dari China telah memecah rekod dunia dengan membayar $328, 000 (RM 1, 180,800) untuk merpati Belanda. Hu Zhen Yu berkata, dia sanggup menghabiskan wang kerana bisnes pembiakan merpati sangat mendapat sambutan dan menjamin pulangan lumayan di China. Sekumpulan 245 ekor merpati dilelong di laman web Belgium, Pigeon Paradise, yang mencatakan rekod jualan sebanayk $2.5 million (RM 9 juta)


          DougieDog, penjual Frankfuter di Vancouver, Canada kini menjual hot dog temahal dunia iaitu Dragon Dog $100 (RM360). Dragon Dog dihasilkan dengan bahannya diperap dengan cognac Louis XIII berusia 100 tahun berharga $2000 (RM7, 200) sebotol. Restoran berkenaan berkata Dragon Dog adalah hot dog pertama dijual dengan harga tiga angka. 


           Tag harga bagi One World Trade Center, simbol pencakar langit yang sedang dalam pembinaan di Ground Zero, New York telah meningkat kepada lebih $3.8 billion. Apabila siap, bangunan berketinggian 1776 kaki itu akan menjadi bangunan tertinggi di US tapi bkn di dunia. Untuk perbandingan, pemaju kepada bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dhubai berkata bangunan itu hanya memerlukan $1.5 billion untuk disiapkan.


         Jubah berwarna emas ini memeranjatkan sesiapa yang melihatnya kerana ia dihasilkan daripada sutera labah-labah dan telah dipamerkan di London's Victoria and Albert Museum. Sutera 4 meter yang ditenun tangan ini mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan dan menggunakan 1.2 million ekor labah-labah betina dari Madagaskar. Labah-labah akan dikutip setiap pagi sebelum sutera diekstrak dari mereka oleh pengendali yang terlatih. Prosesnya amat rumit-purata 23, 000 labah-labah diperlukan untuk menghasilkan 23 gram sutera.

ASSALAMUALAIKUM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan