assalamualaikum sumer
Jom darling2ku sekalian kite mantapkan minda bersama Cikgu Anne...kali ni bkn nak ajar bahasa terengganu, tapi nk kongsi fakta yang saye pun baru je tau..*ko pun baru tau ada hati nk jd cikgu..
pasni kite confident sikit la kn nk berlagak ng kawan2...*ish ish ish sgt x elok tujuan tersebut...
ok here's the facts
- Secara purata, 1.5 kg daripada seluruh berat badan manusia adalah terdiri daripada mikroorganisme termasuklah parasit dan seumpama dengannya. Kebanyakan dari mikroorganisme ini adalah penting untuk fungsi badan.
- Kuman yang terdapat pada najis boleh melepasi 10 lapis tisu tandas. Darlings sekalian jgn mls cuci tgn lepas
buang hajatni tau. - Pada asalnya, Piramid Mesir dilitupi batu kapur yang sgt berkilau dan kelihatan berkaca dari jauh. Sesetengah daripadanya masih kelihatan pada puncak Piramid
![]() |
Piramid Mesir |
- Kebanyakan butang lampu isyarat dan lif tidak mempunyai sebarang fungsi apabila ditekan. Ianya dicipta hanya untuk memuaskan sikap suka mengawal mereka yang menekannya.
- Apabila digeletek, tikus juga akan ketawa. So cute...
- Ketika hayatnya, Adolf Hitler menjalinkan 4 hubungan dengan wanita (3 disahkan, 1 tidak). Keempat2 wanita berkenaan membuat sekurang-kurangnya 1-2 percubaan membunuh diri.
Adolf Hitler |
- Secara purata, seseorang akan membeli album Celine Dion dalam masa 12 saat.
- 90% daripada keseluruhan mimpi akan dilupakan selepas terjaga, dan orang buta juga bermimpi.
- Coca-Cola pada asalnya berwarna hijau.
- Manusia tidak boleh membunuh diri dengan cara menahan nafas.
- Seekor siput boleh tidur selama 3 tahun.
- Kebanyakan gincu mengandungi sisik ikan.
That's it for now...harap fakta ni berguna untuk korang one day...BYE2 DARLINGS
ASSALAMUALAIKUM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan